- Baik untuk urutan ba dan bayi selepas mandi , untuk kembung perut , angin pasang untuk bayi lelaki dan kencing malam..
- Balm ni tidak panas dan sesuai untuk kegunaan harian...
===
Bengkung Tradisional (Zig Zag Berzip) (Bernilai RM70)
Bengkung Zig Zag Berzip direka khas untuk para ibu yang baru jer bersalin. Materialnya kain kasa belacu yang tebal dan lembut, dilapik dengan kain cotton maroon dibahagian depan supaya ibu lebih selesa memakainya. Warna coklat yang gelap mengelakkan bengkung cepat kelihatan kotor apabila terkena herba yang disapu pada perut sebelum berbengkung. Bengkung ini direka untuk menutup seluruh kawasan perut meliputi bawah payu dara hingga mencecah paras bawah pinggul. Penambahan zip pada bengkung memudahkan ibu- ibu untuk ke tandas dengan hanya dengan membuka zip.
Kelebihan Bengkung Zig Zag Berzip:
- Mudah dan selesa dipakai
- Mengikut saiz tubuh anda
- Diperbuat daripada kain yang tebal dan tahan lama
- Mudah dibersihkan
- Mudah untuk ke tandas hanya buka zip ditepi
Saiz Bengkung (pinggang)
* Ambil ukuran semasa tidak mengandung
Size S - 25 hingga 28 inci
Free size 29 - 40 inci (muat M-XL)
XXL 41- 45 inci
Labuh bengkung 20 inci
===
Boreh Panas (Bernilai RM25 seunit)
Boreh Panas boleh digunakan sebagai param, pilis, atau lulur.
Cara menggunakan pilis atau param, cuma campurkan Boreh Panas dengan sedikit air. Ibu boleh sapukan pada dahi (pilis) untuk menghilangkan pening kepala atau rasa nak pitam, juga pada badan (param) untuk megelakkan angin masuk ke dalam tubuh.
Pemakai pilis/param akan merasa nyaman dan berangin, jadi jika ibu rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan. Boleh la FOKUS jaga baby kan!
untuk lulur, lagi best campurkan dengan susu.
Multifunction! Boleh juga digunakan diperut ketika berbengkung, hanya campurkan dengan perahan limau nipis dan kapur
===
Mandian Herba Aura (Bernilai RM50 untuk 3 uncang)
Mandian Herba Aura ni satu lagi ‘signature product’ Set Bersalin Danita.
1 set mengandungi 3 bunjut
menyegarkan kembali badan terutama kepada ibu selepas bersalin
mengatasi masalah kebas-kebas dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin, melembutkan urat saraf
mengurangkan sengal tulang, sendi dan otot akibat proses meneran semasa kelahiran bayi
KANDUNGAN:
Daun herba terpilih seperti Daun Capa, Daun Meringan, Daun Serai Wangi, Daun Inai, Daun Pandan, Daun Lamuni, Daun Pisang Kelat
CARA PENGGUNAAN:
? Ambil 1 bunjut mandian herba.
? Masukkan ke dalam periuk dan rebus bersama 2 liter air sehingga mendidih.
? Masukkan air yg mendidih tadi ke dalam baldi.
? Campurkan dengan air biasa mengikut tahap kepanasan yang bersesuaian.
? Bunjut mandian tadi boleh digunakan untuk direbus semula sehingga hilang warna dan bau.
Anggaran 1 bunjut = 4-5 kali rebusan ataupun selagi ada bau herba boleh guna lagi(mandian)
===
Minyak Serai Wangi (Bernilai RM35)
Serai wangi memang popular dalam perubatan tradisional Melayu. Antara ciri-ciri dan kelebihan Minyak Serai Wangi adalah:
- Berbau harum macam minyak aromaterapi, melegakan dan selesa!
- Tak panas, jadi memang sesuai digunakan sebagai minyak urut
- Juga boleh legakan perut kembung, senggugut, merawat gigitan binatang berbisa dan lain – lain
===
Sabun Aura Terapi (Bernilai RM35)
Sabun ini berunsurkan limau purut yang harum dan segar. Selepas 2 minggu menggunakan uncang herba mandian, bolehlah teruskan mandian dengan Sabun Aura Herbs ni.
Yang ‘best’nye, dah namanya pun sabun kan, jadi lebih mudah nak guna sebab anda dah tak perlu merebus lagi tapi hasilnya tetap sama seperti menggunakan uncang mandian herba!
Antara manfaat lain sabun ni adalah:
- Merawat kulit sensitive
- Bertindak seperti agen anti kulat dan bakteria pada kulit
- Melembutkan kulit
- Meratakan tona kulit
===
Tungku Baby.
Kebaikan tungku baby :-
- membuang angin dan mengelakkan kembung pe rut
- melegakan angin pasang bg bayi lelaki
- melegakan lebam dan bengkak akibat terjatuh atau terhentak
===
Tungku Besi bersama Sarung Tungku Herba (Bernilai RM85/set)
Tungku bukan sebarang tungku. Tungku Besi dan Sarung Tungku Herba dalam Set Bersalin Danita ni memang 'special'.
- Tungku diperbuat daripada besi tulen, berat kira-kira 2kg, dengan ‘design’ yang mudah dipegang
- Sarung Tungku Herba dibuat dari kain belacu yang telah dimasukkan daun-daun kayu herba terpilih dan dijahit kemas
- Dengan Tungku Besi dan Sarung Tungku Herba ni, ibu-ibu boleh bertungku ‘anytime’ dengan mudah, lebih cepat, selesa dan senang hati.
- Lagi BEST, Tungku Besi ni panasnya memang TAHAN LAMA, LEBIH 1 JAM! Bolehlah anda bertungku sepuasnya!
Langkah demi langkah bertungku menggunakan Tungku Besi dan sarung Tungku Herba
-
- Pastikan api TIDAK terlalu besar dan tungku TIDAK terlalu panas.. balut tungku dengan kain terlebih dahulu atau masukkan daun2 yg lembut urat seperti daun pandan, daun mengkudu, daun bunga kantan atau yg sesuai kedalam sarung herba untuk membantu melambatkan sarung dari terbakar.kemudian baru dimasukkan ke dalam SARUNG HERBA(pastikan betul2 tebal dan boleh menampung kepanasan tungku besi)
- Tungku yg TERLALU PANAS boleh menyebabkan SARUNG HERBA TERBAKAR..
- JANGAN BASUH sarung herba
- simpan semula sarung herba di dalam bekas tertutup/plastik jika sudah benar2 sejuk utk tahan lama
- Cuba dengan tapak tangan sebelum meletak ke badan anda. Jika masih lambat utk merasa bahang kepanasan, boleh dipijak atau duduk utk mengeluarkan kepanasan haba.
- mulakan bertungku dengan meletakkannya di bahagian hulu hati.tekan perlahan-lahan sehingga boleh menggelamkan sedikit tungku tersebut. ini akan membantu melembutkan bahagian hulu hati.bahagian tersebut kerap mengeras akibat gumpalan angin yangberpunca daripada penyekatan lendir. salah satu tanda pemacahan angin lendir ialah bunyi seperti derai kocakan air dan seterusnya memudahkan rawatan bertungku.
- dari hulu hati tungku diletakkan ke sekeliling perut dan melakukan 'cungkilan'di bahagian CAWAN PEHA berhampiran kiri serta kanan bahagian ari-ari.
- letakkan tungku di atas TUNDUN buat seketika sebelum melakukan cungkilan di bahagian ari-ari secara lembut dan perlahan-lahan seperti 'mencuit' kedudukan rahim
- lakukan rawatan bertungku ini berulang kali selama setengah jam dan teruskan ke bahagian paha,celahan paha ,lutut ,bahagian kaki, serta tapak kaki.
- tamatkan brtungku dengan meletakkannya di bawah pembukaan faraj dalam posisi duduk atau kepit tungku besi di celahan paha berhampiran tundun. kemudian bidan menyudahi rawatan ini dengan urutan di bahagian bahu dan kepala ibu.
- selepas sebulan menjalani rawatan,apabila tungku besi boleh tenggelam atau dibenamkan ke bahagian -bahagian yang ditungku iaitu hulu hati ,perut ,ari-ari serta peranakan ,ibu bersalin akan berasa berat tungku besi itu sampai ke tulang belakang . ini menandakan rahim sudah mengecut dan balik ke rumahnya dengan sempurna ,dan ibu akan trasa seluruh tubuh kemas rapi dan sihat.
**Bagi yang bersalin secara Ceserean boleh bertungku di semua tempat kecuali bahagian pembedahan sahaja**
===
Seharum namanya, rasa yang sejuk dan berangin menjadi kan mommies akan rasa lebih segar dan tak perlu lagi risau dengan bau-bauan yang kurang menyenang kan dari cik kuntum...
Salah satu bahan yang terkandung di dalam hygiene wash wangie adalah manjakani..
Manjakani memamg terkenal dengan seribu satu khasiat yang amat berguna.Manjakani berupaya merawat pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh wanita
Diantara khasiat manjakani adalah:
-mencegah dari bau yang tidak di ingini
-antioksida melambatkan proses penuaan
-memulih dan menganjalkan otot faraj
-merapatkan dan mengecutkan kembali otot faraj bagi wanita selepas bersalin
-menyerap lendir dan lelehan pada faraj.
===